1. “Tak adil”
Ungkapan itu tidak disebut secara lisan. Tetapi itulah maksud akan apa yang diperkatakan oleh arwah.
”Kak habis jaga makan-minum, senaman dan kelakuan. Dapat juga kanser. Orang lain makan tak kawal, badan macam tong MPKB, besar, lebar dan busuk, tapi tak kena kanser.” Dia mengeluh sedih.
2. ”Tak adil!”
Terkejut saya dengan kelantangan penyataannya.
”Pesakit lain KKM belanja berjuta-juta ringgit beli ubat anti-kolesterol. Depa makan ubat, sebab depa nak terus lantak makanan berlemak. Sakit makin teruk, ubat makin banyak ditelan. Nak jalan ke pejabat pun termengah-mengah, nak masuk pintu pejabat pun mesti mengiri. Kita pemandiri kanser, nak dapat ubat nak kuatkan tulang pun tak dilayan. Padahal kita ni kalau dibandingkan dengan pesakit kronik obesiti dan kolesterol tinggi, kita lagi lincah dan bernas, dan lebih berfaedah untuk negara dan bangsa.”
3. ”Tak adil.”
Dia menyebutnya dalam sedu. ”Apa cacat cela saya? Semua saya buat untuknya. Baju kerjanya saya basuh tangan, makan minumnya saya masak sendiri. Dia hendak apa sahaja, saya beri. Dia suruh apa saja, saya buat. Dia paksa telan. Saya telan semuanya. Sekarang dia nak kawin lagi, huu...hu..hu.”
Jawapan saya; ”Hidup ini memangnya tidak adil.” Jika itu yang kita terima, maka semua yang terjadi dapat diterima dengan lebih bermakna.
Nombor 3 kerap berlaku. Malah sekarang ini justifikasi yang kerap dimajukan adalah seperti berikut: ”Awak tengok dia (biasa yang dijadikan model peranan adalah orang yang lebih terkenal dan berkedudukan tinggi), dia kawin lagi, isteri pertamanya beri izin.”
Just the other day, klinik Rabu, isteri yang kemuraungan major kerana suami beristeri lagi. Suaminya putut dipuji. Tak dijemput masuk sekali dalam bilek saya, dia tersengeh-sengeh ingin turut serta. Supportive sangat la tu. Patut pun, dia yang ambil aleh kaunseling dari saya. Hanya dia yang sibuk cakap kat bini dia; "Awak kena sabar la, awak kena terima la. Awak tak nak ganjaran di syurga nanti ker?"
Saya macam tengok drama minggu ini. Sempat terfikir pula, "Kalau bini awak kat syurga, awak kat mana yer?"
Puan-puan, kalau masalah 3 kira berat, berat lagi apabila seorang wanita itu berdepan dengan suami yang mengatal dengan yang sama jantina. Competing with another woman may just propel the first wife into action mode that pave the way for self-actualization, but competing with a man, apa pula ceritanya? Lu fikir-fikirlah sendiri. I don’t know. Hey, I am not even sure which one is worse, competing with a woman or with a man for the commitment of your husband; let say lah..kata orang. A no use husband (for suami yang tak guna). Suami yang tak guna ni, ramai pula wanita yang sayang nak tunjuk pintu depan. Itu kah kewanitaan?
Berbalik kepada penyataan saya yang terdahulu. Kehidupan ini memangnya tidak adil. Life is so not fair kan? If you can accept that emotionally, then you are capable of being realistic and moving forward to better things in life. Even if the unfairness leads to end of life, taking it meaningfully and beautifully results in great contentment. Accept death as the completion of life in this world and beginning of another.
Do not despair and perceive your life as a failure or struggling to find a purpose till the end. The answer is not in a name, title, recognition, award, new car, new wife, etc. etc. or obsessive entries in blog ha ha ha. Some people are too busy feeding their egos that they failed to get to know their true Self.
Bagi wanita yang solehan; cuma bayangkan ini. Kalau lah suami anda itu ditakdirkan esok hilang kerja, hilang daya segala anggota termasuk senjata yang tak guna; sanggupkah puan jaga dia dengan rasa penuh redha, tanpa rasa sakit hati dan tanpa sumpah seranah yang tak verbal? Kalau puan kata puan sanggup, maka janganlah tunjuk akan dia pintu hadapan, moga puan akan beroleh pilihan pintu mana pun di syurga nanti. InsyaAllah.