HAS PSYCHO

Changed from HAS'S PSYCHO-SPIRITUAL CABINET for fear of being a spiritual braggart. THIS IS JUST MY PERSONAL SELF-HEALING BLOG; DEFINITELY NOT PROFESSIONAL MEDICAL OR PSYCHIATRIC OPINION OR ADVICE FROM THE AUTHOR. This blog cannot and must not replace hands-on medical care or the specific advice of your own doctor. Penulisan hanyalah pengalaman dan pendapat peribadi penulis blog dan tidak boleh mengantikan nasihat dan penjagaan perubatan daripada doktor anda.


MEMORY OF A SPECIAL LOVE

Monday, February 23, 2009

Hidup kita untuk mati




Hari ini menutupi bab kematian rakan survivor kanser payudara berulang. Bukan seorang, dua orang dalam jangka masa lima hari.

Hari ini, saya, DH, dan dua rakan terapis dari unit onkologi bersama mengziarahi rakan survivor untuk kali terakhir.

Tiba-tiba saya tersedar akan pengalaman kami berempat dalam satu kereta. "Abang, kita berempat di dalam kereta ini telah mengalami kanser dan akibatnya." DH, senyum aje. Dua rakan survior kanser payudara di belakang serentak berkata, "Hari ini hari dia Prof, nanti hari kita."

Dalam perjalanan pulang, kami menyambung perbualan tentang kematian. Sempat pula saya berpesan ke DH. "Kalau time Has nanti ya Bang, pastikan rumah bersih dan Has selesa. Kalau sesak nafas, dapatkan tangki oksijen, kalau meracau dapatkan ubat sedatif. Tak perlu tebuk sana-sini ya!"

DH menghantari ketiga-tiga kami balik bekerja. Tiada duka, tiada suka. Sikap ceria tetap asli pada diri kami. Rasa lega, syukur dan insaf sekali. Inilah kehidupan. Kita hidup untuk mati. Sebelum masa kita pergi, kita jadikan hari-hari kita penuh erti.

Semoga roh kedua-dua rakan survivor itu dicucuri ikhsan dan rahmat Allah. Al Fatihah.

6 Comments:

  • At February 23, 2009, Blogger Queen Of The House said…

    Al-fatihah untuk mereka yang pergi.

    Kagum cara Has & co bercakap tentang "when you time comes". When my mom was sick, I could not, ever, talk about death with her. Takut dia tersinggung atau depressed, takut diri sendiri sebak. There was one day when she asked me if I could hear the voices of children singing. Macam nasyid. ANd I thought to myself "is her time near?" Yet I could not say anything to her except for "Tak dengar apa-apa pun".

     
  • At February 23, 2009, Blogger Raden Galoh said…

    Salam Has,
    Benar sekali.

    Alfatihah buat roh arwah keduanya.

     
  • At February 24, 2009, Blogger Has said…

    Queen,

    I know, some people don't feel comfortable. However it is therapuetic.

    Raden,

    Al Fatihah selalu.

     
  • At February 24, 2009, Blogger Has said…

    Actually gambar 4 kemboja dan satu chrysanthemum di tengah begitu simbolik untuk kami berempat semalam.

     
  • At February 25, 2009, Blogger Bunga Rampai said…

    Al-Fatihah.

    Gambar bunga itu menyentuh hati saya.

    Salam Kak Has :)

     
  • At July 30, 2009, Blogger Zaitie said…

    Setiap yang hidup pasti mati tapi bagi Zaini(your patient) ia tetap menggerunkan. tk bagi buku dulu. Lawatilah blog saya http://serirengas.blogspot.com.

    Jumpa 18 Ogos ni. Kenapa buat blog baru, bagi yang kurang fasih English sukar sikit.

     

Post a Comment

<< Home